Lelaki dicekup bersama dadah RM6.4 juta

Lelaki dicekup bersama dadah RM6.4 juta

MUHAMAD Zaki Harun (kiri) bersama pegawainya menunjukkan dadah yang dirampas semasa semasa sidang media di IPK, Kota Bharu, Kelantan hari ini. - FOTO/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang penganggur dicekup polis bersama pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM6.4 juta dalam serbuan di tepi Jalan Pengkalan Chepa di sini, pada 29 Ogos lalu.

Suspek berusia 27 tahun yang mempunyai satu rekod jenayah lampau ditahan sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan dan Bukit Aman dalam serbuan pukul 2.40 petang.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, hasil pemeriksaan yang dilakukan ke atas kereta jenis Perodua Viva membawa kepada penemuan satu beg plastik warna hijau di atas tempat duduk bahagian penumpang hadapan.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut ke atas bungkusan itu telah menjumpai erimin dan yaba.

“Hasil soal siasat yang dijalankan ke atas suspek, satu rampasan pil yaba dan ganja telah dilakukan di sebuah rumah di Kampung Pasir Jelatang, Kubang Kerian di sini.

“Secara keseluruhan kita telah berjaya merampas 624,000 biji pil yaba, erimin 5 (400 biji) dan ganja (78.8 kilogram),” katanya semasa sidang media di IPK, di sini hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, hasil tangkapan penganggur itu polis telah berjaya memberkas empat lagi lelaki dipercayai terlibat dalam sindiket tersebut yang berusia 27 hingga 39 tahun.

Katanya, bagaimanapun salah seorang suspek telah ditangkap di Seri Kembangan, Selangor.

“Kesemua suspek direman selama 13 hari sehingga 11 September ini untuk siasatan bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Kata Dadah Berbahaya (Perlucuhakan Harta) 1988.

“Hasil siasatan awal mendapati bekalan dadah tersebut dibawa masuk dari negara jiran untuk pasaran tempatan dan Lembah Klang. Polis turut menyita motosikal jenis Yamaha Y15, Perodua Myvi, jam tangan jenama Tissot, Proton Saga, Toyota Vellfire dan Perodua Kelisa,” ujarnya.

Muhamad Zaki berkaya, polis masih mencari saki baki ahli sindiket ini dan berkemungkinan besar akan ada lagi tangkapan-tangkapan susulan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN