Kok Chi, Zolkples terima Anugerah Khas SAM

Kok Chi, Zolkples terima Anugerah Khas SAM

MENDIANG SIEH KOK CHI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua nama besar sukan tanah air, Datuk Sieh Kok Chi dan Datuk Seri Zolkples Embong dipilih sebagai penerima Anugerah Khas pada majlis Anugerah 100PLUS Perpaduan Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) 2020/2021 bagi menghargai sumbangan dan jasa kedua-dua individu tersebut.

Presiden SAM, Norismadi Abdul Manap berkata, pemergian mendiang Kok Chi dan Allahyarham Zolkples sudah pastinya meninggalkan kesan mendalam dalam arena sukan negara apabila jasa dan sumbangan mereka amat besar kepada arena sukan negara.

Katanya, jasa Kok Chi dalam pembangunan sukan negara amat besar dan bukan calang-calang sehingga ketika hayatnya, menerima jolokan ‘Wikipedia’ sukan Malaysia terutama dalam kalangan warga media sukan tanah air. 

“Sebagai orang lama, pengalaman dan kepimpinan terhadap persekitaran sukan negara menjadikan tiada apa yang terlepas daripada pengamatannya. Nasihat, kata-kata semangat dan menjadi tempat rujukan adalah sumbangan yang telah dilakukan mendiang Kok Chi kepada Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia di sepanjang tempoh perkhidmatannya,” katanya.

ALLAHYARHAM ZOLKPLES EMBONG

Menyentuh jasa Zolkples, Norismadi memberitahu Allahyarham  tidak pernah menolak atau mengelak daripada media walaupun sudah bersara, namun sentiasa menjadi rujukan media dalam mendapatkan komen, kritikan dan juga pendapat berkaitan isu sukan negara.

Norismadi Abdul Manap

Jelasnya, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) selama tujuh tahun sejak April 2007 hingga Disember 2014 itu terkenal dengan sikapnya yang lantang dalam melontarkan kritikan, tidak berselindung dalam menyuarakan pendapat dan petah ketika mempertahankan sesuatu dasar.

Kok Chi yang meninggal dunia pada usia 83 tahun pada 16 Julai lalu manakala Zolkples yang menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) selama tujuh tahun sejak April 2007 hingga Disember 2014 meninggal dunia pada usia 62 tahun tanggal 3 Oktober 2021 dipercayai kerana serangan jantung.

Pada masa sama, SAM memaklumkan Anugerah Khas berkenaan akan disampaikan dalam sau majlis gilang gemilang pada 6 September ini di sebuah hotel terkemuka di Petaling Jaya dan yang dihadiri Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Sadique.

Selain Anugerah Khas, dua lagi kategori; Anugerah Atlet Terbaik dan Atlet Para Terbaik 2020/2021 dijangka menjadi tumpuan bagi melihat siapakah atlet negara yang bakal menaiki pentas untuk bergelar pemenang.

Selain memberi pengiktirafan kepada atlet, Anugerah Perpaduan-100Plus-SAM 2020/2021 turut memberikan pengiktirafan kepada wakil-wakil media tempatan.

Sebanyak lapan kategori dipertandingankan iaitu Laporan Berita Terbaik (Media Cetak), Laporan Berita Terbaik (Media Elektronik), Ulasan Berita Terbaik (Media Cetak), Ulasan Berita Terbaik (Media Elektronik), Laporan Khas Terbaik (Terbuka), Fotografi Sukan Terbaik, Laporan Perpaduan Terbaik dan Fotografi Perpaduan Terbaik.

Pemenang keseluruhan untuk kategori kewartawanan sukan akan dinobatkan sebagai penerima trofi Anugerah Siebel dan hadiah wang tunai RM7,000. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN