Ketua 'Geng Alif Buntal' aktif lakukan jenayah dicekup

Ketua ‘Geng Alif Buntal’ aktif lakukan jenayah dicekup

ABDUL ROZAK MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Ketua ‘Geng Alif Buntal’ yang melarikan diri daripada pengawasan parol sejak 10 Ogos lalu yang dipercayai melakukan 13 kes jenayah berjaya dicekup di Pasar Borong, Kampung Lampu di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Abdul Rozak Muhammad berkata, lelaki berusia 22 tahun itu yang dipercayai terlibat dengan enam kes kecurian motosikal, enam kes pecah rumah dan satu kes kekerasan ditahan pada pukul 2 pagi.

Menurutnya, polis turut menemukan enam buah motosikal, tiga unit komputer riba dan dua telefon bimbit dipercayai dicuri suspek.

“Suspek sebelum ini menjalani proses pengawasan parol di Damansara, Kuala Lumpur namun bertindak melarikan diri sebelum diberkas semula di Pasar Borong Kampung Lampu,” katanya di sini hari ini.

Beliau memberitahu, siasatan awal mendapati sepanjang berada dalam persembunyian, suspek melakukan aktiviti jenayah bersama dua lagi rakan yang masih bebas di daerah ini dan Setiu dikenali sebagai Mat Chah dan Mat Daha.

“Suspek juga memiliki 11 rekod jenayah lampau dan pihak polis akan memohon untuk menyambung perintah reman terhadap suspek yang berakhir hari ini,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah rumah serta Seksyen 379A kanun sama kerana curi kenderaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN