Kertas siasatan babit bapa pelakon remaja dirujuk TPR

Kertas siasatan babit bapa pelakon remaja dirujuk TPR

WAN AZLAN WAN MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis telah merujuk kertas siasatan membabitkan bapa pelakon remaja yang didakwa melakukan serangan seksual ke atas anaknya ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, kertas siasatan sudah dilengkapkan dan diserahkan kepada TPR.

“Kita sudah melengkapkan kertas siasatan dan dirujuk ke pejabat TPR namun polis masih menunggu arahan selanjutnya,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Tambah beliau, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencabul, Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001 atas kesalahan mengabaikan kanak-kanak dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan atas kesalahan memiliki bahan lucah.

Pada 12 September lalu, media melaporkan bapa kandung kepada pelakon remaja perempuan itu dirujuk ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Shah Alam susulan laporan dibuat mangsa yang mendakwa dipukul menggunakan penyangkut baju pada 2014.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim dilaporkan berkata, mangsa membuat laporan itu pada 8 September lalu.

Sebelum ini, media melaporkan suspek ditahan pada 6 September lalu atas dakwaan melakukan gangguan seksual terhadap anaknya susulan laporan polis dibuat pelakon itu di Subang Jaya.

Suspek ditahan di kediamannya di Kedah dan polis turut merampas telefon bimbit suspek dan dihantar ke Jabatan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk dianalisa.

Baru-baru ini, pelakon itu menerusi satu temu bual di laman YouTube, mendedahkan sikap buruk bapanya yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadapnya selain turut memperlakukan ibunya dengan teruk. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN