PASIR PUTEH: Keluarga kepada mangsa bot karam Pulau Redang, Ahmad Nazri Ishak, 66, yang gagal ditemukan hingga ke hari ini menganggap kehilangannya sebagai kematian tanpa batu nisan. Bercakap kepada Utusan Malaysia, anak mangsa, Siti Zahratul Amani, 25, berkata, ‘status’ itu memberikan kesukaran kepada keluarga untuk menguruskan pendaftaran sijil kematian disebabkan ketiadaan permit kubur dan lain-lain dokumen. “Hanya salinan laporan polis berkait kehilangan bapa bersama empat lagi awak-awak bot bubu di…










