Jemputan Muktamar: Pas usah berlagak suci, ‘playing victim’

Jemputan Muktamar: Pas usah berlagak suci, ‘playing victim’ – Suraya

SURAYA YAACOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: UMNO Kedah membidas tindakan pemimpin Pas yang disifatkan memutar belit kenyataan, berlagak suci atau playing victim  untuk mengelirukan orang ramai dengan berterusan menyalahkan pemimpin UMNO setelah tidak menghadiri Majlis Perasmian Muktamar Pas, semalam.

 Ketua Penerangannya, Datuk Suraya Yaacob berkata, Pas perlu lebih ikhlas dan bercakap benar kepada rakyat tentang soal jemputan atau kehadiran kepemimpinan UMNO ke majlis berkenaan.

 “Tidak dinafikan pada 30 Ogos baru-baru ini, saya ada menerima jemputan daripada Ketua Pegawai Khas Menteri Besar Kedah, Zulkifli Yahya ke Muktamar Tahunan Pas yang berlangsung di Kedah. 

 “Ingin saya tegaskan di sini bahawa jemputan tersebut dibuat atas tiket Exco Kedah dan langsung tidak melibatkan kapasiti kepemimpinan UMNO atau institusi kepartian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

 Beliau mengulas tentang kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bahawa parti itu menjemput pemimpin UMNO ke majlis berkenaan namun tiada seorang pun daripada mereka hadir.

 Tambah Suraya, walaupun berpeluang bersemuka dengan Takiyuddin dalam Majlis Perasmian Pembangunan Berintegrasi Pusat Bekalan Gas Dan Loji Janakuasa Pulau Bunting di Yan pada 1 September lalu, beliau tidak memaklumkan tentang jemputan berkenaan kepada UMNO.

 “Oleh itu, saya menegaska. Hakikatnya, sepanjang empat tahun Muafakat Nasional (MN) ditubuhkan, saya tidak pernah sekalipun hadir ke mana-mana Muktamar Tahunan Pas, mahupun mesyuarat di peringkat Pas kawasan mahupun Kedah.

 “Peliknya, pada 2022 ini kecoh pula tentang kononnya tidak seorang pun kepemimpinan UMNO hadir pada Muktamar Pas. Bagaimana kepimpinan UMNO hendak hadir jika tiada sebarang jemputan dibuat atas kapasiti parti? Apakah kerana kekecohan tersebut sengaja Pas cetuskan gara-gara Pilihan Raya Umum Ke-15 yang hampir tiba?” soalnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya