Jelaskan layanan istimewa kepada ‘Merpati’

Jelaskan layanan istimewa kepada ‘Merpati’

MARZUKI YAHYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan perlu memberikan penjelasan yang kukuh tentang dakwaan layanan istimewa yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika ini yang sedang menjalani hukuman penjara.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata, ketika ini timbul persoalan dalam kalangan masyarakat negara ini berhubung layanan yang diberikan pihak berkuasa kepada bekas Perdana Menteri itu.

“Kita juga tidak tahu benar atau tidak (layanan istimewa) tetapi, pihak berkuasa kena jawab. Di laman Facebooknya sentiasa ada hantaran baharu dan kita tahu hantaran tersebut mesti dibuat oleh pentadbir akaun berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai dakwaan layanan istimewa diberikan kepada bekas Perdana Menteri itu yang dirujuk dengan nama kod Merpati dalam media sosial baru-baru ini.

Dakwaan itu antaranya melibatkan pengubahsuaian ruang penjara untuk Najib dan rancangan untuk membawa bekas Perdana Menteri itu ke Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) bagi memudahkannya menerima tetamu dan mendapat kemudahan orang kenamaan (VIP).

Ekoran tular dakwaan itu, rata-rata netizen menggesa Jabatan Penjara supaya bersikap telus dan tidak menyembunyikan apa-apa perkara melibatkan dakwaan tersebut.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Pejuang, Datuk Marzuki Yahya berkata, hukuman telah dijatuhkan terhadap Najib dan bekas Perdana Menteri itu sepatutnya menerima nasib sama seperti banduan yang lain.

“Hukuman sudah dijatuhkan, sepatutnya Najib diberikan peraturan yang sama dengan bantuan lain. Kita juga tidak tahu sejauh mana kebenaran tentang dakwaan yang tular, harap ada penjelasan daripada pihak bertanggungjawab.

“Untuk hantaran di laman Facebooknya, saya rasa itu perkara biasa kerana pastinya bukan Najib yang buat hantaran itu,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya