Ini mungkin perhimpunan bulanan terakhir kita - Reezal Merican

Ini mungkin perhimpunan bulanan terakhir kita – Reezal Merican

REEZAL MERICAN NAINA MERICAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican membayangkan Pilihan Raya Umum (PRU) dijangka berlaku bila-bila masa sahaja.

Malah beliau dalam nada berseloroh menyatakan bahawa kemungkinan besar perhimpunan bulanan kementerian tersebut di sini hari ini sebagai yang terakhir sebelum Parlimen dibubar.

“Insya-Allah saya berharap akan dapat bertemu anda semua sekali lagi jika dilantik semula kerana ini barang kali yang terakhir kita berkumpul,” katanya berucap pada program tersebut.

Desas-desus mengenai tarikh PRU-15 semakin hangat diperkatakan rakyat bahkan ada yang menjangka ia akan berlangsung sama ada pada hujung bulan depan atau awal November ini.

Tempoh itu dianggap amat baik kerana musim tengkujuh diramal melanda negara akhir November depan dengan banyak premis pengundian di sekolah akan dijadikan pusat pemindahan.

Barisan Nasional (BN) dalam keadaan terbaik manakala Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) pula sebaliknya dengan berdalih meminta agar PRU itu dibuat tahun depan.

Tuntutan pembangkang itu menjadi bahan jenaka warganet kerana belum ada mana-mana kerajaan di dunia melengahkan PRU untuk memastikan pihak lawan pula yang kena menang.

Mengulas lanjut, Reezal Merican yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO bagaimanapun enggan memberitahu bilakah Dewan Rakyat dibubar bagi diberikan laluan kepada PRU-15.

“Saya tahu, dalam masa ini, ada tanya bila PRU? Saya pun tiada jawapan kerana terpulang kepada budi bicara Perdana Menteri untuk menasihati Seri Paduka Baginda,” kata beliau.

Ahli Parlimen BN Kepala Batas itu itu namun menegaskan sekalipun PRU berlangsung esok, beliau tetap berada di kementerian tersebut bagi menyempurnakan amanah yang diberikan.

Bahkan beliau menjelaskan bahawa pilihan raya hanyalah amalan biasa demokrasi serta apabila telah dipilih oleh rakyat dan dipandu kerajaan stabil, maka amanah perlu dilaksanakan.

Meskipun sekadar berlapik, beliau dipercayai merujuk situasi rapuh era pentadbiran PH selama 22 bulan dan PN kemudian 17 bulan yang menyebabkan ekonomi negara cukup lemah.

Senario itu disebabkan kerajaan pada masa itu terpaksa bergantung ihsan parti-parti lain di samping gejala lompat parti yang amat teruk untuk memastikan kerajaan tidak pula tumbang.

Justeru, Reezal Merican menegaskan bahawa hanya kerajaan yang kuat dapat memberi perkhidmatan terbaik untuk rakyat dan bukannya terpaksa berpolitik sepanjang masa. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya