i-Deen bantu pulih penagih dadah

i-Deen bantu pulih penagih dadah

AMINUDDIN Harun (tengah) bersama Sutekno Ahmad Belon (kanan) menyampaikan hadiah kepada pemenang dalam Pogram i-Deen di Seremban semalam. - UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yakin program i-Deen yang dianjurkannya berupaya untuk terus membantu individu penagih dadah yang menjalani proses rawatan (klien) kembali ke pangkuan masyarakat bersama potensi diri lebih baik.

Ketua Pengarahnya, Sutekno Ahmad Belon berkata, program i-Deen yang memasuki tahun ketiga pelaksanaannya memberi penekanan kepada elemen psikologi dan spritual yang merupakan salah satu modul pemulihan klien.

“Program ini memberi peluang kepada klien membuktikan potensi yang ada dalam diri mereka sekali gus tidak dipandang hina masyarakat.Ia bertujuan membentuk jati diri dan didikan kerohanian dalam jiwa klien dengan menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup. 

Ia juga perlu diikuti oleh setiap klien selama menjalani rawatan dan pemulihan dengan AADK sama ada di bawah program rawatan dan pemulihan di dalam komuniti atau pun  di dalam institusi,” katanya pada Majlis Perasmian Program i-Deen AADK 2022 di Pusat Dakwah Islamiah Paroi di sini semalam.

Program dua hari yang melibatkan penyertaaan klien dalam empat acara iaitu tilawah al-Quran, azan, syarahan tafsir dan lagu ketuhanan itu telah dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN