Harga getah jatuh, penoreh cekal bertahan hidup

Harga getah jatuh, penoreh cekal bertahan hidup

KERATAN laporan Utusan Malaysia berhubung isu harga getah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI: Pekebun di negeri ini tetap ‘setia’ meskipun harga getah jatuh mendadak dari RM3.20 kepada RM2.30 sekilogram sejak kebelakangan ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang pekebun kecil, Alias Yusof,49, berkata, dia terpaksa ‘bertahan’ kerana getah adalah pendapatan utama untuk menyara keluarga.

“Ketika ini, harga barang semakin mahal namun pendapatan kami sebagai penoreh getah masih kekal di takuk lama, malah semakin menurun.

“Penurunan harga getah ketika ini sangat membebankan kami yang bergantung sepenuhnya kepada hasil getah,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

ALIAS YUSOF

Alias memberitahu, kerajaan perlu mengambil inisiatif dengan menetapkan harga lantai sekitar RM4 sekilogram untuk getah beku.

Katanya, penetapan harga lantai itu membolehkan pekebun kecil getah menikmati hasil lebih baik.

Seorang lagi, penoreh Mat Zin Mat Ali, 65, berharap kerajaan dapat memberi bantuan tambahan untuk berdepan dengan kejatuhan harga getah ketika ini.

Katanya, bantuan tersebut bagi memboleh mereka ‘bernafas’ semasa berdepan dengan peningkatan kos sara hidup waktu ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya