Floria Diraja Putrajaya 2022 dilanjut hingga 11 September

Floria Diraja Putrajaya 2022 dilanjut hingga 11 September

SHAHIDAN Kassim menyampaikan Floria Garden Prime Award 2022 kepada Dewan Bandaraya kuala Lumpur pada Majlis Penutup Floria Diraja Putrajaya 2022. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Festival Bunga dan Taman Diraja Putrajaya (Royal Floria Putrajaya) 2022 dilanjutkan sehingga 11 September ini susulan sambutan luar biasa daripada pengunjung sejak dibuka 29 Ogos lalu.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, lanjutan penganjuran itu selaras cuti persekolahan bermula 5 hingga 11 September ini.

Beliau berkata, bermula esok juga, tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke Floria Diraja Putrajaya 2022.

“Saya juga mengumumkan Bunga Raya atau Bunga Hibiscus rosa-sinensis diisytiharkan sebagai bunga rasmi Putrajaya dan Wilayah Persekutuan,” katanya ketika berucap pada majlis penutup Floria Diraja Putrajaya 2022, hari ini.

Beliau merakamkan tahniah kepada Perbadanan Putrajaya (PPj) selaku penganjur dan tidak ketinggalan kepada semua peserta yang mengambil bahagian dalam festival ini.

Shahidan berkata, susulan  sambutan yang sangat menggalakkan dan mengambil kira minggu cuti sekolah, beliau  meminta  PPj supaya FLoria Diraja Putrajaya 2022 yang sepatutnya melabuhkan tirai pada 4 Sept lalu, disambung dua hari lagi iaitu sehingga ke hari ini, 6 September.

Menurutnya, susulan sambutan menggalakkan, festival ini disambung lagi sehingga tamat cuti sekolah.

“Floria Diraja Putrajaya 2022 telah mencatatkan sejarahnya yang tersendiri dengan kemunculan beberapa ikon baharu yang bakal menjadi ciri-ciri bersinonim dengan acara ini seperti Gemerlapan Floria, Dinding Mural, Dinding Dekorasi Orkid, Terowong Oncidium, dan Tribute to Frontliners.

“Kreativiti dan inovasi Taman Keluarga Malaysia yang diperkenal buat julung kalinya juga menarik minat rakyat untuk menghargai keindahan landskap dan alam sekitar,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya