Dewa 19 sentuh emosi peminat - Utusan Malaysia

Dewa 19 sentuh emosi peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kumpulan terkenal Indonesia, Dewa 19, mengubat kerinduan peminat setia pada Konsert 30 Years of Dewa 19 sempena meraikan ulang tahun ke-30 mereka di Axiata Arena, Kuala Lumpur, malam tadi.

Kali terakhir beraksi di ibu negara pada 2019 tanpa Ahmd Dhani, kemunculan terbaru mereka menyentuh emosi lebih 8,000 peminat yang larut dalam lagu dipersembahkan.

Sepanjang tiga jam lebih beraksi, empat vokalis iaitu Ari Lasso, Once Mekel, Virzha dan Ello, termasuk Ahmad Dhani menghadiahkan momen indah kepada peminat menerusi rangkaian lagu hits mereka.

“Senang sekali Dewa 19 dapat datang ke sini. Malam ini, kami tidak menyanyikan 30 lagu, sebaliknya hampir 40 lagu.

“Jadi, buat yang masih belum meminati Dewa 19, harap bersabar dan tunggu sehingga habis konsert ini kerana ia berbeza daripada konsert sebelum ini,” katanya.

Konsert itu berjaya menyentuh emosi ramai menerusi lagu popular mereka seperti Cinta Gila, Takkan Ada Cinta Yang Lain, Larut, Roman Picisan, Arjuna, Dewi, Sedang Ingin Bercinta dan Pupus.

Dewa 19 turut mempersembahkan lagu antaranya Cinta Kan Membawaku Pergi, Aku Di Sini, Satu Hati, Cukup Siti Norbaya, Pangeran Cinta, Risalah Hati, Satu, Cemburu, Pupus, Kirana, Kangen dan Kamulah Satu-Satunya.

Konsert itu turut menampilkan beberapa bekas anggota Dewa 19, termasuk pemain dram, Tyo Nugros.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN