Suami isteri maut, anak parah nahas di Bentong

Suami isteri maut, anak parah nahas di Bentong

KEADAAN kenderaan yang terlibat dalam kemalangan meragut dua nyawa di Bentong, Pahang. - IHSAN JBP BENTONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Sepasang suami isteri maut manakala anak lelaki mereka parah dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Jalan Kuala Lumpur, berhampiran Kampung Ketari dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sulaiman, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu,  Mohd. Nazri Md. Salleh dan isterinya, Karmilawati Muhamad Yaakob, masing-masing berusia 51 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian selepas kereta Proton Iswara (NAX 1649) yang mereka naiki bertembung dengan sebuah Mercedes Benz (VAY 2292).

Anak mereka, Naimzuhari Mohd. Nazri, 23, yang turut tersepit, mengalami kecederaan parah.

Tular dakwaan dalam media sosial pemandu Mercedes Benz berada dalam keadaan mabuk ketika kejadian namun perkara itu masih dalam siasatan polis.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria dan Komander Operasi BBP Bentong, PBK II Badrul Hisyam Saari dalam kenyataan bersama memaklumkan,  panggilan kecemasan diterima pada pukul 8.19 malam sebelum lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong dikerahkan ke lokasi.

“Sebaik sahaja tiba pada pukul 8.24 malam, bomba mendapati semua mangsa dalam Proton Iswara tersepit. Operasi menyelamat menggunakan peralatan khas dijalankan sebelum ketiga-tiga mangsa  dikeluarkan.

“Dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan manakala mangsa yang parah dihantar ke Hospital Bentong untuk rawatan kecemasan,” menurut kenyataan itu.

Pemandu Mercedes Benz, Lee Kang Foong, 40, turut cedera namun dilaporkan stabil dan menerima rawatan di hospital sama. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN