Cadangan tutup pejabat UNHCR masih dalam perbincangan

Cadangan tutup pejabat UNHCR masih dalam perbincangan

SAIFUDDIN Abdullah ketika melancarkan Monograf Kerangka Dasar Luar Malaysia bersempena Persidangan Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia di Putrajaya hari ini. - UTUSAN/AMREE AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Syor Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Orang Pelarian (UNHCR) di Malaysia ditutup terus masih diteliti lagi.

 

Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Arahan MKN Nombor 23 itu malah sedang dalam perundingan pelbagai pihak sebelum dimuktamadkan oleh kerajaan secara rasmi.

 

“Respons saya terhadap cadangan MKN tersebut ialah kita (Kementerian Luar) pun masih dalam perbincangan kerana soal kad UNHCR itu agak kompleks,” katanya dalam sidang akhbar.

 

Terdahulu beliau melancarkan buku Monograf Kerangka Dasar Luar Malaysia bersempena Persidangan Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia Kesembilan secara hibrid, di sini hari ini.

 

Semalam, Ketua Pengarah MKN, Datuk Rodzi Md. Saad menyarankan agar pejabat UNHCR di ibu negara ditutup kerana bimbang rekod pelarian dieksploitasi pihak luar berkepentingan.

 

Ia susulan kad agensi di bawah Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) itu dikeluarkan bebas kepada sesiapa sahaja tanpa ada rekod sah dengan pihak Jabatan Imigresen Malaysia sendiri.

 

Situasi itu mengakibatkan ramai pendatang asing tanpa izin (PATI) telah mengambil peluang memohon kad UNHCR bagi elak ditahan pihak berkuasa meskipun bukan berstatus pelarian.

 

Pejabat UNHCR di Jalan Bukit Petaling, Kuala Lumpur mula dibuka sejak 1974 ekoran isu pelarian Vietnam menaiki bot kerana perang di negara itu sebelum hanyut di pantai Terengganu.

 

Bagaimanapun kerajaan tidak pernah mengiktiraf mereka kerana Malaysia tidak meratifikasi Konvensyen Pelarian 1951 dan Protokol 1967 tetapi hanya menerima atas perikemanusiaan.

 

Setakat akhir bulan lalu, UNHCR merekodkan 185,920 pelarian di negara ini termasuk 48,200 individu bawah 18 tahun dari lebih 50 negara dengan 66 peratus daripadanya adalah lelaki.

 

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, sebelum Arahan MKN itu direalisasikan, kerajaan perlu ada mekanisme tersendiri bagi mengenal pasti beza pelarian bertaraf pencari suaka dan PATI.

 

“Bahkan kita juga kena ada cara untuk menyantuni mangsa pemerdagangan manusia kerana mereka dieksploitasi penjenayah rentas sempadan dan tidak sama dengan pelarian,” katanya.

 

Beliau pada masa sama namun berharap, isu penutupan pejabat UNHCR itu wajar ditangani dengan baik tanpa berkompromi isu keselamatan dan menjejaskan kedaulatan Malaysia.  –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya