C4 gesa SPRM siasat bekas CEO Lembaga Tabung Angkatan Tentera

LCS: C4 gesa SPRM siasat bekas CEO Lembaga Tabung Angkatan Tentera

lcs
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pusat Untuk Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4 Center) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin berhubung peranannya dalam isu kapal tempur pesisir (LCS).

Pengarah Eksekutifnya, Cynthia Gabriel mendakwa, Lodin Wok terlepas daripada siasatan, sedangkan beliau memegang jawatan dalam tujuh entiti kerajaan dan syarikat milik kerajaan (GLC) yang mana sebahagian daripadanya terlibat dalam proses perolehan LCS.

Sehubungan itu, katanya, C4 akan menghantar memorandum kepada SPRM dalam masa terdekat untuk meningkatkan tekanan bagi menangkap mereka yang didakwa terlibat dalam penyelewengan.

“Kami tidak mempunyai masalah untuk menghantar memorandum kepada SPRM, tetapi kami bimbang tentang kekurangan tindakan daripada SPRM,” katanya.

Dalam pada itu, Cynthia juga menggesa, Parlimen harus membahas dan meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) pemerolehan kerajaan yang khusus secepat mungkin. 

Katanya, jawatankuasa pilihan khas mesti dibentuk untuk meneliti urus niaga perolehan pertahanan berbilion ringgit dan merangka cadangan untuk menggubal perkara itu. 

Memetik sifat rasuah transnasional, C4 juga menggesa kerjasama kerajaan Malaysia, Perancis dan Jerman untuk membuka siasatan terhadap firma terlibat dalam skandal LCS dan Scorpene. 

“Sebagai penandatangan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Menentang Rasuah (UNCAC), Malaysia, Perancis dan Jerman mesti mematuhi rangka kerja bantuan undang-undang bersama semasa siasatan mengikut Perkara 46 UNCAC.” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.