Bubar Parlimen, DUN berasingan bazirkan wang negara, rakyat

Bubar Parlimen, DUN berasingan bazirkan wang negara, duit rakyat

IBRAHIM ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Tindakan membubarkan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) secara berasingan bagi proses Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dianggap membazirkan wang negara dan duit rakyat.

Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Ibrahim Ali berkata, ia susulan kerajaan Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Terengganu, Kelantan dan Kedah tidak akan membubar DUN masing masing selepas timbulnya khabar angin mengatakan PRU15 akan diadakan bulan Oktober atau November ini.

Menurutnya, situasi itu akan menyebabkan proses pengundian Parlimen dan DUN akan berlangsung secara berasingan.

“Hal ini kerana DUN di enam buah negeri terlibat akan terbubar secara automatik pada Mei 2023. Situasi itu tidak pernah berlaku sebelum ini kecuali Sarawak dan Sabah, baru-baru ini di Melaka dan Johor.

“Cuba bayangkan ratusan juta terpaksa dibelanja untuk Pilihan Raya Negeri (PRN). Ini boleh membazir wang rakyat kerana ‘percaturan politik’. Sikap ini sememangnya tidak bertanggungjawab kerana perbezaan untuk tempoh PRU15 yang sebenar adalah enam bulan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu memberitahu, sekiranya PRU15 berjalan serentak banyak wang rakyat dapat di selamatkan.

Katanya, oleh itu Putra mahu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuat rundingan dengan negeri-negeri terbabit jika mahu PRU15 berlangsung pada Oktober atau November tahun ini.

“Ismail Sabri wajib berunding dan memastikan semua DUN dibubarkan kecuali Sarawak, Sabah, Melaka dan Johor.Ini bagi mengelak pembaziran wang rakyat.

“Putra ingin melihat sejauh mana ketegasan Ismail Sabri, sama ada tunduk kepada tekanan pihak gelojoh atau mahu menyelamatkan pembaziran wang rakyat dan masa,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN