Beli tiket feri diskaun online mulai 1 Oktober - Utusan Malaysia

Beli tiket feri diskaun online mulai 1 Oktober

LANGKAWI menjanjikan pelbagai keunikan dan keseronokan kepada pengunjung. - UTUSAN/NUR AMALINA AZMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Penduduk daerah ini yang mahu menikmati potongan harga bagi tiket feri untuk perjalanan keluar dan masuk ke pulau pelancongan berkenaan boleh membelinya secara online mulai Oktober ini.

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn. Bhd., Kapten Baharin Baharom berkata, bagi pengesahan mereka adalah penduduk Langkawi, ia boleh dilakukan dengan nemuat turun borang yang disediakan di laman web http://langkawiferryline.com/.

“Penduduk perlu mengisi borang yang disediakan di laman web dan menghantar borang yang dikepilkan dengan salinan kad pengenalan itu ke pejabat untuk semakan oleh pihak feri,” katanya di sini, hari ini.

Jelasnya, langkah pengesahan itu diambil bagi mengelak penumpang yang tidak layak membeli tiket yang dikhaskan untuk penduduk Langkawi daripada berbuat demikian.

Tambahnya, setakat ini potongan harga hanya disediakan untuk penduduk Langkawi dan tidak ditawarkan kepada mereka yang bekerja di sini.

Baharin berkata, pihaknya juga akan menggunakan laman web syarikat bagi pembelian tiket feri penduduk Langkawi dan bukannya melalui aplikasi Cuti-Cuti Langkawi yang mengendalikan penjualan tiket feri ketika ini.

“Penduduk boleh menghantar borang tersebut di Ibu Pejabat Ferry Line Ventures yang beralamat di No. 81 & 83, Persiaran Bunga Raya, Fasa Dua Langkawi Mall,” jelasnya.

Pada 4 Ogos lalu, tiket bagi perkhidmatan feri keluar masuk ke Langkawi dinaikkan dengan kadar baharu menyaksikan harga tiket feri bagi laluan Kuala Perlis-Langkawi kini RM21 bagi dewasa dan RM16 bagi kanak-kanak.

Bagi laluan Kuala Kedah-Langkawi pula tiket bagi dewasa RM26.50 dan RM20.50 untuk tambang kanak-kanak.

Bagaimanapun penduduk Langkawi, warga emas dan golongan orang kurang upaya (OKU) masih kekal menikmati tambang feri yang sama dan boleh menikmati harga itu melalui pembelian di kaunter jualan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya