Banjir: UiTM siap siaga, pantau 34 kampus - Utusan Malaysia

Banjir: UiTM siap siaga, pantau 34 kampus

RODZIAH Mohd. Janor berucap dalam program Majlis Perasmian Penutup dan Makan Malam Konvensyen Pemerkasaan Kepimpinan Mahasiswi Kebangsaan dekat UiTM Puncak Alam, di Kuala Selangor, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Universiti Teknologi Mara (UiTM) berada dalam kesiapsiagaan tinggi bagi menghadapi banjir besar yang dijangka berlaku pada November ini.

Persediaan rapi itu meliputi proses atur gerak dan bantuan kepada semua warga universiti di 34 kampusnya di seluruh negara.

Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Roziah Mohd. Janor berkata, universiti itu kini mempunyai lebih 184,000 penuntut di semua cawangan termasuk Sabah dan Sarawak dan UiTM perlu membuat persiapan kemungkinan banjir luar jangka seperti di Shah Alam, hujung tahun lalu.

“Sewaktu bah itu, kita sememangnya tidak bersedia dan mengharungi kesulitan untuk menguruskan warga UiTM yang terjejas. Justeru, ia dijadikan sebagai pengalaman paling bermakna dan kita sudah bersiap siaga sepenuhnya menghadapi situasi seumpama itu kelak,” katanya ketika ditemui selepas Konvensyen Pemerkasaan Kepimpinan Mahasisiwi Kebangsaan di UiTM Puncak Alam, baru-baru ini.

Menurut Roziah, pihaknya akan menggerakkan Briged Sukarelawan bagi memantau pergerakan dan membantu warga universiti yang terjejas banjir.

“Pasukan yang disertai kakitangan dan penuntut itu akan diaktifkan selama 24 jam menerusi bilik operasi yang disediakan. Sejak ditubuhkan Disember tahun lalu, briged itu melibatkan seramai 300 orang di Shah Alam dan turut mempunyai wakil di setiap kampus lain,” jelasnya.

Tambah beliau, penubuhan briged itu turut memberi peluang kepada penuntut UiTM menanam semangat sukarelawan untuk berbakti kepada komuniti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN