Banjir: KDEBWM sedia gerak 1,100 aset jentera

Banjir: KDEBWM sedia gerak 1,100 aset jentera

AHMAD Rizal Mohd. Daud (dua dari kiri) menanam pokok bakau pada Program Penanaman 500 Pokok Bakau di Hutan Simpan Kuala Bernam, Sungai Apong di Sabak Bernam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Sebanyak 1,100 aset jentera di bawah seliaan KDEB Waste Management (KDEBWM) bersedia untuk digerakan bagi menghadapi banjir besar yang dijangka berlaku di Selangor pada November depan.

Aset-aset  tersebut bersedia untuk digerakkan bagi menjalankan kerja kutipan sampah dan pembersihan awam terutama longkang di lokasi terjejas kelak sekiranya bencana berkenaan melibatkan skala kawasan perumahan yang besar dan mengakibatkan jumlah sampah lebih tinggi berbanding tahun lalu.

Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporat KDEBWM, Ahmad Rizal Mohd. Daud berkata, jentera itu akan digunakan sepenuhnya di setiap kawasan banjir terutama di Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam.

“Kesemua lori KDEBWM akan terus digerakkan ke lokasi banjir yang bukan saja melaksanakan kerja kutipan malah membantu memeriksa saliran longkang tersumbat.

“Ia tidak termasuk jengkaut yang turut akan digunakan menerusi kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya ketika ditemui pada program Penanaman 500 Pokok Bakau di Hutan Simpan Kuala Bernam, Sungai Apong di sini, hari ini.

Bulan lalu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan negara akan mengalami hujan lebat berterusan bermula pertengahan November ini yang membawa kepada banjir besar.

Monsun Timur Laut yang aktif pada tempoh itu dijangka memberi impak lebih signifikan kerana risiko berlaku hujan lebat berterusan dan banjir berskala besar adalah tinggi.

Fenomena La Nina yang masih berterusan dan dijangka sehingga awal tahun depan turut menyebabkan peningkatan taburan hujan.

Jelas Ahmad Rizal, pihaknya akan turut bekerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi menyelaraskan pusat pengumpulan sampah banjir di seluruh negeri ini.

“Kita mahu pusat pengumpulan ketika banjir tahun lalu dikekalkan di lokasi sama. Ia berikutan faktor jarak kawasan yang lebih dekat sekaligus memudahkan pelaksanaan operasi kutipan sampah,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, semua saliran longkang dan parit yang tersumbat akibat sampah turut diperiksa pihaknya setakat ini.

“Selain itu, kita bekerjasama dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai situasi banjir di Selangor,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.