KOTA BHARU: Angin ‘perubahan’ untuk menukar tampuk pentadbiran Pas dilihat sudah melanda negeri ini namun dikatakan belum cukup kuat untuk berbuat demikian. Bercakap kepada Utusan Malaysia, penganalisis politik, Dr. Iskandar Hasan Tan Abdullah berkata, golongan berpendidikan dilihat masih lagi mencari parti yang mampu memberi jaminan sedia ada sepertimana dipraktikkan oleh Pas. Katanya, ia turut meliputi tambahan syarat seperti menyediakan peluang pekerjaan, kemudahan asas antaranya jalan raya, air dan perumahan mampu…