Alimuddin dilantik Pengerusi MKI

Alimuddin dilantik Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Islam Kebangsaan MKI

SULTAN Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menyerahkan watikah pelantikan kepada Alimuddin Mohd. Dom.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Islam Kebangsaan, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) berkuat kuasa mulai 30 Jun lalu sehingga 29 Jun 2024.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Hakimah Mohd. Yusoff berkata, pelantikan Alimuddin diperkenan pada Mesyuarat Majlis Raja Raja (MRR) Kali Ke-259 yang diadakan pada 30 Jun lalu.

Beliau berkata, MRR turut berkenan menaik taraf Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI), MKI kepada Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Islam Kebangsaan.

“Watikah pelantikan beliau disempurnakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj selaku Pengerusi MKI pada 18 Ogos lalu.

“LEPAI sebelum ini diperkenankan penubuhannya oleh MRR yang ke-126 pada 24 Februari 1983. Antara fungsinya ialah bertanggungjawab menyelaras, menambah baik dan membantu segala perkara berkaitan pelajaran dan pendidikan agama Islam di sekolah-sekolah agama negeri dan sekolah-sekolah agama rakyat di seluruh Malaysia,” katanya.

Katanya, Jakim menaruh keyakinan Alimuddin dapat memimpin Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Islam Kebangsaan untuk mencapai matlamat penubuhannya berdasarkan pengalaman luas dan kredibiliti beliau dalam bidang pelajaran dan pendidikan.

Hakimah berkata, pihaknya mengambil kesempatan mengucapkan sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih kepada bekas Pengerusi LEPAI, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Mohd. Kamal Hassan atas khidmat baktinya bermula 1 Jun 2019 hingga 31 Mei lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya