187 stesen hidrologi pemantauan banjir dipasang di Terengganu - Utusan Malaysia

187 stesen hidrologi pemantauan banjir dipasang di Terengganu

KERJA-kerja memasang sebuah siren amaran awal banjir di Kampung Pasir Raja, Dungun, Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seba­nyak 187 stesen hidrologi pemantauan banjir dipasang di seluruh negeri ini bagi memberi amaran awal kepada penduduk di kawasan berisiko bencana tersebut.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana negeri, Hanafiah Mat berkata, semua sistem amaran tersebut berbunyi apabila paras sungai mencecah tahap bahaya.

Katanya, sebanyak 87 stesen hidrologi beroperasi sebelum ini manakala tambahan 34 stesen daripada Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) Fasa Satu sudah beroperasi sejak Ogos tahun lalu.

“Selain itu, sebanyak 66 lagi stesen baharu daripada PRAB Fasa Dua yang sedang dalam pembinaan pula dijangka siap pada November ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional ne­geri berkata, kesemua stesen hidrologi amaran awal banjir tersebut sudah memadai untuk memantau paras air di lokasi berisiko.

“Cuma langkah kesedaran kepada orang awam untuk berpindah awal perlu ditingkatkan kerana ada segelintir penduduk masih ambil mudah dan tidak hiraukan siren amaran,” kata­nya.

Sementara itu Hanafiah memberitahu, sebanyak 21 siren amaran awal banjir dipasang untuk memberikan amaran bahaya kepada penduduk di kawasan berisiko banjir supaya segera berpindah ke tempat selamat termasuk pusat pemindahan sementara (PPS).

“Daerah Setiu mempunyai jumlah siren paling banyak iaitu enam unit diikuti Hulu Terengganu (lima), Kemaman (empat), Besut (tiga) dan masing-masing satu di Dungun, Marang dan Kuala Nerus,” jelasnya.

Pada masa sama, tambahnya, setakat ini, tujuh unit kamera web yang dipasang di beberapa sungai utama di enam daerah menjadi penanda aras amaran awal banjir.

Tambahnya, dua daripada­nya dipasang di sungai daerah Kemaman dan masing-masing satu di Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu dan Dungun.

“Ini dapat membantu Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membuat pemantauan 24 jam secara ‘real time’ dari jauh tanpa perlu ke lokasi sungai-sungai tersebut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya