PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan selamat Hari Malaysia kepada seluruh Keluarga Malaysia sempena sambutannya hari ini.
Beliau berkata, seluruh masyarakat di negara ini wajar menjadikan tanggal hari ini bermulanya perpaduan yang lebih erat.
“Tanggal keramat 16 September wajar dijadikan titik tolak untuk menyemarakkan lagi perpaduan berteraskan keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.
“Semoga Keluarga Malaysia terus menjunjung semangat integrasi nasional, kesetiaan kepada raja dan negara, dan semoga Malaysia terus dipelihara dalam keamanan dan kemakmuran.
“Selamat Hari Malaysia. Keluarga Malaysia teguh bersama,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. –UTUSAN










