Wanita maut terjun dari tingkat 4 pusat beli belah terkemuka

Wanita maut terjun dari tingkat 4 pusat beli belah terkemuka

maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Seorang wanita maut selepas terjun dari tingkat empat di sebuah pusat beli belah terkemuka dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.38 malam itu menyebabkan wanita berusia 23 tahun yang juga warga tempatan maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pusat kawalan Daerah Dang Wangi terima panggilan orang awam memaklumkan mengenai kejadian kira-kira pukul 9.45 malam. 

Kata beliau, hasil siasatan awal wanita berkenaan dikatakan berjalan seorang diri di aras 4  lalu memanjat penghadang besi di bahagian ‘Center Court’ pusat beli belah berkenaan sebelum terjun.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan,” katanya dalam satu kenyataan ringkas malam tadi.

Dalam pada itu, Suria KLCC Sdn. Bhd. menerusi satu kenyataan ringkas malam ini turut mengesahkan kejadian itu.

“Dukacita dimaklumkan pihak pengurusan Suria KLCC mengesahkan seorang individu maut dalam insiden terbabit,” jelasnya.

Terdahulu, tular di laman sosial Twitter berhubung kejadian itu apabila ada saksi mendakwa mangsa terjatuh dari tingkat empat pusat beli belah berkenaan.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya