Wanita ditahan disyaki terlibat kematian anak saudara berusia 3 tahun - Utusan Malaysia

Wanita ditahan disyaki terlibat kematian anak saudara berusia 3 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Polis menahan seorang wanita selepas dipercayai terlibat dengan kes kematian kanak-kanak yang menjadi mangsa dera di Mutiara Magna, Kepong dekat sini, semalam.

Kematian kanak-kanak berusia tiga tahun itu dimaklumkan kira-kira puku 12.01 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, mangsa ditemukan dalam keadaan lengkap berpakaian dan terbaring di katil di lokasi kejadian.

Kata beliau, pemeriksaan lanjut ke atas fizikal mangsa mendapati terdapat kesan luka di dahi, mulut dan hidung.

“Selain itu, terdapat kesan merah di bawah mata kiri, calar dan lebam pada bahagian belakang badan dan siku tangan kanan mangsa.

“Kematian mangsa disahkan oleh Pegawai Paramedik Hospital Kuala Lumpur yang berada di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kata Eng Lai, wanita yang ditahan merupakan pengasuh kepada mangsa.

Jelasnya, wanita berusia 40 tahun yang juga ibu saudara serta menjadi pengasuh sejak mangsa dilahirkan.

“Siasatan dijalankan mendapati suspek menjaga dua kanak-kanak iaitu mangsa dan abangnua yang berumur lima tahun.

“Suspek kini direman lima hari untuk siasatan lanjut dan kes disiasat dibawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya