Walaupun jasad saya dipenjara, saya tetap berjuang - Najib

Walaupun jasad saya dipenjara, saya tetap berjuang – Najib

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berucap pada Taklimat Khas Presiden UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. - UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tampak masih bersemangat menyokong partinya UMNO walaupun sedang menjalani kehidupan di penjara.

Ini berdasarkan warkah yang dibaca oleh anaknya, Nooryana Najwa yang menerimanya ketika membuat lawatan di Penjara Kajang, semalam untuk dibaca kepada ahli UMNO semasa Taklimat Khas Presiden UMNO hari ini.

“Saya bekerja habis-habisan dan menggunakan identiti sebagai bossku setiap pilihan raya dan saya berusaha untuk menyumbang kepada kemenangan parti.

“Kini, UMNO adalah parti yang segar dan kuat serta sudah bangun dari mimpi ngeri meskipun Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menanti kita,” luah Najib.

Beliau mengakui, setiap perjuangan ada pengorbanannya, tetapi beliau tidak menyangka harga pengorbanan terpaksa dibayar begitu mahal kepada diri dan keluarga.

“Saya naik turun tangga mahkamah lebih 300 kali. Saya mohon Presiden UMNO dan ahli-ahli bersuara serta bertindak.

“Kalau perkara ini boleh berlaku kepada saya, ia boleh berlaku kepada sesiapa pun,” katanya.

Namun, katanya, meskipun tanpa kehadirannya, UMNO perlu berjuang menentang kezaliman dan ketidakadilan.

“Kita hormat kepada undang-undang tanpa hakim dikuasai tangan politik. Walaupun jasad saya dipenjarakan, roh tetap berjuang untuk mendapatkan keadilan.

“Menitis air mata tidak akan mengubah keadaan. Hanya tindakan berani dan bijak boleh membawa kejayaan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN