Vaksin kanak-kanak belum capai 50 peratus

Vaksin kanak-kanak belum capai 50 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jumlah pemberian vaksin Covid-19 kepada kanak-kanak dalam kalangan umur lima hingga 11 tahun belum mencapai 50 peratus.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, angka itu adalah rendah dan tidak mencapai sasaran 50 peratus kanak-kanak menerima suntikan vaksin Covid-19 melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).

Beliau yang juga Jawatankuasa Bertindak Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak (CITF-C) berkata, sehingga 31 Julai lalu, sebanyak 3,269,586 dos diberikan kepada kanak-kanak dan hanya 507 laporan kesan mudarat berikutan imunisasi (AEFI) diterima.

Beliau menjelaskan, ia meliputi 488 kes kesan AEFI dari vaksin Comirnaty dan sembilan lagi dari Coronovac.

“Kadar pelaporan hanya 155 per satu juta dos. Dari 507 kes AEFI yang dilapor, hanya 31 kes atau 6.1 peratus yang serius iaitu mereka yang perlu dimasukkan ke hospital tetapi telah sihat dirawat.

“Ini bermakna sangat sedikit kesan AEFI. Justeru ibu bapa janganlah risau. Kebanyakan AEFI adalah ringan, demam sedikit, bengkak di tempat suntikan sikit. Sakit sikit-sikit sahaja,” katanya di sini semalam.

Noor Azmi pada masa sama menyeru dan merayu kepada ibu bapa untuk memberi kebenaran kepada anak untuk divaksin demi melindungi mereka.

Kata beliau, ibu bapa sepatutnya bimbang anak tidak diberikan vaksin memandangkan kes Covid-19 belum reda iaitu sekitar 3,000 ke 4000 kes sehari dilaporkan dengan jumlah kemasukan ke wad lebih 500 sehari.

“Sedih saya bila melihat kakitangan Kementerian Kesihatan selain sokongan daripada kementerian dan agensi lain serta pihak Protect Health termasuk swasta bertungkus-lumus bersedia, tetapi lengan untuk disuntik sangat kurang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.