Tiga lelaki curi buah sawit ditahan polis

Tiga lelaki curi buah sawit ditahan polis

KELAPA sawit yang dicuri dan peralatan yang digunakan untuk mencuri yang dirampas daripada tiga lelaki di Kampung Bharu, dekat Lumut semalam. - FOTO/IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Tiga lelaki yang mencuri buah sawit dalam ladang kelapa sawit di Kampung Tebuk, Kampung Bharu dekat sini, ditahan polis tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, ketiga-tiga mereka yang berusia antara 27 hingga 42 tahun itu ditahan kira-kira pukul 12.05 tengah hari selepas menerima maklumat orang awam.

“Sepasukan anggota dari Balai Polis Kampung Bahru yang membuat tangkapan itu turut merampas sebuah lori, peralatan dipercayai digunakan untuk mencuri buah sawit, sebuah kereta sorong dan 110 tandan buah sawit bernilai RM1,000 yang berada dalam lori,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut beliau, pengadu kes itu memaklumkan ia adalah kes kecurian kali pertama berlaku setelah jawatankuasa Kuil Mariamman Kampung Tebuk mengambil alih penjagaan kawasan kejadian sejak Mei lalu.

Jelasnya, seorang daripada suspek pula mendakwa mereka mendapat kebenaran daripada ahli jawatankuasa sebuah parti politik untuk mengambil buah sawit di situ sebelum diambil alih oleh jawatankuasa kuil tersebut, manakala dua suspek lagi mendakwa mereka hanya menolong suspek pertama mengangkat buah sawit ke dalam lori.

Beliau berkata, kesemua tangkapan dan rampasan telah dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Jelasnya, saringan awal air kencing ketiga-tiga suspek adalah negatif dan mereka direman empat hari sehingga Sabtu ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya