Tengku Zafrul  calon MB Selangor? - Utusan Malaysia

Tengku Zafrul  calon MB Selangor?

NOH OMAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pencalonan Bendahari Barisan Nasional (BN) Selangor, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Menteri Besar masih menjadi teka-teki walaupun jentera negeri itu diarahkan bersedia ibarat esok adalah hari pilihan raya.

Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasnya, Tan Sri Noh Omar berkata, soal calon termasuk Menteri Besar yang perlu bertanding di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) ditentukan oleh presiden berdasarkan perlembagaan UMNO.

“Kita boleh cadangkan, bahagian cadang kepada kita, pengerusi tengok dan dibawa ke atas. Selesaikan pembahagian kerusi mengikut komponen, barulah tahu siapa akan jadi calon.

“Saya nasihatkan kawan-kawan, jangan berfikir jadi calon tetapi bekerjalah untuk parti. Yang penting bukan kita jadi calon. Semua layak jadi calon ramai, tetapi yang boleh cuma seorang sahaja. Bekerja untuk parti, siapa pun calon pastikan kemenangannya,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan program pemantapan Peniaga dan Penjaja Kecil 2022, hari ini.

Tengku Zafrul sebelum ini disahkan sebagai ‘poster boy’ BN Selangor selepas dilantik menjadi Bendahari menggantikan Datuk Seri Jamal Md. Yunos yang diumum sebagai Ketua Komunikasi.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan akan melihat perkembangan gerak kerja parti di Selangor pada Sabtu dan Ahad ini sebagai persediaan menghadapi pilihan raya.

Jadi, menurut Noh, sistem  UMNO di negeri, pusat akan menyemak persediaan di Selangor dan  sebagai pengerusi perhubungan beliau akan menyemak persediaan di bahagian dan bahagian pula akan menyemak persediaan di Pusat Daerah Mengundi (PDM) masing-masing.

“Saya baru sempat turun dua bahagian, bermakna persiapan daripada taklimat yang saya turun, Insya -Allah, kita sudah bersedia. Prinsip kita, kita tak tahu bila pilihan raya, tetapi saya sudah ingatkan jentera bila turun ke bawah, kita bekerja keras seolah-olah esok pilihan raya,” jelasnya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya