Tak pernah dengar orang Islam kecoh ceramah dari masjid

Tidak pernah dengar orang Islam kecoh bunyi kuat ceramah dari masjid

IDRIS AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad terkejut apabila ada orang Islam sendiri kecoh kerana marah bunyi kuat ceramah dari masjid.

Sambil menyifatkan perkara itu sebagai agak pelik, namun beliau berharap kes sedemikian boleh diselesaikan menerusi perbincangan penduduk dengan pihak premis ibadah tersebut.

“Saya secara peribadi pun tidak pernah dengar isu sebegini terutamanya di kawasan majoriti penduduk beragama Islam kerana sepatutnya tiada masalah pun,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan projek Wakaf Pertanian Bersepadu atau Laman Watani yang dilaksanakan anak syarikat milik penuh Yayasan Waqaf Malaysia di Presint 20, di sini hari ini.

Minggu lalu, seorang lelaki Islam ditahan polis kerana mengganggu kuliah subuh di sebuah surau di Ampang, Selangor dengan alasan tidak tahan bunyi kuat dari pembesar suara.

Bagaimanapun Jabatan Agama Islam Selangor menyiasat pihak pentadbir surau itu kerana penggunaan pembesar suara selain azan tidak dibenarkan di negeri tersebut sejak 2017 lagi.

Kes itu tular diperkatakan warganet kerana insiden sama pernah dilaporkan di Ipoh, Perak tahun lalu apabila tembok pagar masjid terbabit diconteng dengan amaran keras pihak tertentu.

Seperti Selangor, Perak turut menegah pembesar suara digunakan ketika sesi ceramah di surau atau masjid demi keharmonian masyarakat setempat yang terdiri daripada pelbagai agama.

Situasi berbeza pula di Wilayah-wilayah Persekutuan yang membolehkan perkara itu susulan bantahan pelbagai badan Islam pada 2010 lalu dan hampir mencetuskan ketegangan agama.

Mengulas lanjut, Idris berkata, garis panduan penggunaan pembesar suara di luar masjid dan surau adalah tertakluk di bawah bidang kuasa pihak berkuasa agama negeri masing-masing.

Ditanya mengenai perkembangan kes kumpulan ajaran sesat Hadi Minallah di ibu negara, beliau berkata, tindakan tegas boleh dikenakan berdasarkan skop perundangan yang sedia ada.

Justeru, beliau meminta pihak jawatankuasa fatwa di semua negeri agar segera mewartakan kumpulan itu sebagai ajaran sesat bagi menyekat penyebarannya kepada masyarakat Islam.

Tindakan ini ujarnya amat penting kerana jika fatwa status ajaran berkenaan tidak diwartakan, kumpulan terbabit boleh menyaman balik pihak berkuasa agama negeri itu sekiranya ditahan.

Untuk ketiga-tiga Wilayah Persekutuan pula, kes kumpulan tersebut akan disiasat berdasarkan peruntukan di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya