Sindiket tipu kerja tumpas, libatkan kerugian lebih RM800,000

Sindiket tipu kerja tumpas, libatkan kerugian lebih RM800,000

WAN Kamarul Azran Wan Yusof (dua dari kiri) melihat barang rampasan kes sindiket penipuan tawaran kerja di IPD Sepang, Selangor. - FOTO/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan tawaran kerja di Cyberjaya membabitkan kerugian RM843,996 susulan penahanan lima suspek termasuk seorang warganegara asing pada Selasa lalu.

Dalam serbuan di sebuah apartmen, suspek yang berusia antara 17 hingga 32 tahun itu ditahan bersama beberapa peralatan elektronik termasuk lima buah komputer riba dan lima buah telefon pintar.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, sindiket dipercayai bergerak aktif sejak beberapa bulan lalu dan menyasarkan pelajar lepasan universiti.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, sindiket menawarkan peluang pekerjaan sebagai jurujual produk secara dalam talian dengan tawaran gaji lumayan beserta komisen 10 peratus bagi setiap transaksi jualan.

“Mangsa kemudian akan ditugaskan untuk mencari pelanggan dengan menawarkan produk yang wujud, manakala transaksi bayaran pula menggunakan akaun keldai atau ‘mule account’

“Sindiket itu terbongkar apabila mangsa mendakwa tidak dibayar komisen selepas tiga kali transaksi jualan, malah pelanggan juga mendakwa tidak menerima produk berkenaan. 

“Kami menerima 31 laporan polis membabitkan mangsa dan pelanggan dari seluruh negara dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam sidang akhbar hari ini. 

Katanya, siasatan juga mendapati, sindiket turut menggunakan 22 akaun keldai bagi memindahkan transaksi jualan produk tidak wujud itu.

Wan Kamarul Azran berkata, kesemua suspek direman selama tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan.

Menurutnya, pihaknya kini dalam proses membekukan akuan keldai berkenaan dan pemilik akaun berkenaan juga akan dipanggil untuk memberi keterangan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya