Sindiket seludup diesel tumpas, jumpa haiwan dilindungi

Sindiket seludup diesel tumpas, jumpa haiwan dilindungi

PEGAWAI Penguat kuasa KPDNHEP memeriksa lori tangki dalam serbuan penyelewengan minyal diesel bersubsidi di Kampung Sri Parit, Lukut, Port Dickson. - FOTO/IHSAN KPDNHEP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Kegiatan penyelewengan minyak diesel di kawasan lot terpencil dengan keseluruhan rampasan bernilai RM116,500 terbongkar dalam serbuan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan di Kampung Sri Parit, Lukut, di sini semalam.

Lebih mengejutkan, haiwan yang dilindungi di bawah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) turut ditemukan dan dirampas dalam serbuan itu.

Ketua Pengawai Penguat kuasa KPDNHEP Negeri Sembilan, Abd. Muis Samsudin berkata, serbuan kira-kira pukul 7.55 malam itu dijalankan dengan kerjasama Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan.

“Ketika serbuan dijalankan, pasukan operasi mendapati terdapat dua suspek lelaki dalam keadaan mencurigakan sedang menjalankan kerja-kerja pemindahan minyak yang dipercayai diesel daripada sebuah lori tangki ke sebuah lori tangki lain menggunakan hos penyambung di sebuah kawasan lot terpencil. 

“Pemeriksaan lanjut ke atas sebuah lori tangki pertama mendapati terdapat kira-kira 9,000 liter cecair yang dipercayai adalah minyak diesel manakala lori tangki kedua mengandungi kira-kira 8,000 liter minyak diesel,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Abd. Muis, hasil serbuan tersebut dianggarkan sebanyak 17,000 liter minyak diesel telah disita untuk tujuan siasatan dengan nilai rampasan berjumlah RM36,550.

“Turut disita dua buah lori tangki serta peralatan-peralatan yang digunakan di tempat serbuan seperti hos penyambungan dengan anggaran jumlah keseluruhan nilai rampasan RM116,550,” katanya.

Abd. Muis berkata, hasil siasatan awal mendapati suspek yang ditemukan di lokasi kejadian tidak mempunyai sebarang lesen atau permit atau Permit Khas atau Surat Kebenaran dari Pengawal Bekalan bagi berurusan dengan Barangan Kawalan Berjadual.  

“Kes akan disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dalam keadaan menimbulkan syak munasabah untuk melakukan kesalahan serta menyimpan, apa-apa barang kawalan disimpan di mana-mana premis selain dari premis yang dilesenkan atau premis yang dibenarkan oleh Pengawal Bekalan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ruslan Khalid berkata, sindiket penyelewengan minyak diesel itu juga didapati memiliki haiwan yang dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.

“Dalam operasi ini dua ekor burung helang merah yang merupakan spesies haiwan dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.

“Pemilikan spesies yang dilindungi sepenuhnya tanpa suatu permit khas adalah satu kesalahan di bawah peruntukan Seksyen 68 akta yang sama.

“Jika sabit keseluruhan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Ruslan berkata, kedua-dua ekor burung helang merah telah dibawa ke Pejabat  Perhilitan Negeri Sembilan untuk tindakan selanjutnya.

“Polis Diraja Malaysia Negeri Sembilan akan meneruskan operasi bersepadu seupama ini dan menyarankan masyarakat supaya tidak bersubahat dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam kegiatan menyalahi undang-undang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.