Selepas tujuh tahun, Domino's Pizza terpaksa tutup di Itali - Utusan Malaysia

Selepas tujuh tahun, Domino’s Pizza terpaksa tutup di Itali

SEBUAH cawangan Domino's Pizza yang ditutup di Rom, Itali. - BLOOMBERG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN: Rangkaian restoran pizza Amerika Syarikat (AS), Domino’s Pizza dilaporkan menutup cawangan terakhirnya di Itali selepas tujuh tahun beroperasi di negara Eropah itu.

Lapor Daily Mail, gergasi restoran makanan segera itu mengesahkan sudah menutup cawangan ke-29 selepas gagal bersaing di negara yang terkenal dengan pizza.

Domino’s Pizza juga menyalahkan `persaingan dalam pasaran penghantaran makanan yang semakin meningkat’ menjadi antara faktor penutupan cawangan di negara itu.        

Sebelum ini, Domino’s Pizza merancang untuk membuka 880 cawangan dengan menyasarkan dua peratus di pasaran negara tersebut.

Dilaporkan, perbezaan budaya dan saingan restoran pizza sedia ada menjejaskan rancangan pembukaan cawangan berkenaan.  

“Penutupan itu mempunyai kaitan dengan persaingan yang semakin meningkat dalam pasaran penghantaran makanan,” jelas Domino’ Pizza.

Populariti Domino’s Pizza di Itali memuncak pada 2021 dengan 34 restoran beroperasi termasuk lima cawangan di Rome.

Namun, apabila banyak restoran pizza bergabung dengan firma penghantaran seperti Just Eat dan Deliveroo, Domino’s akhirnya gagal bersaing dan semakin lenyap.     

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya