Saya tidak tunduk, gadai prinsip integriti - Muhyiddin

[Konvensyen PN] Saya tidak tunduk, gadai prinsip integriti – Muhyiddin

MUHYIDDIN Yassin berucap pada Konvensyen PN 2022 di MAEPS Serdang, hari ini. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, gangguan politik terhadapnya sebagai Perdana Menteri sebelum ini atas kehendak beberapa pihak sehingga memaksanya untuk menggadaikan prinsip integriti.

Namun Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu menegaskan, beliau tidak mahu memilih jalan itu kerana tahu ia adalah salah.

“Saya tidak perlu mengulas panjang mengenai gangguan-gangguan politik atau pengkhianatan politik terhadap saya dan Kerajaan PN sebelum ini. 

“Cukuplah saya katakan bahawa gangguan-gangguan ini berlaku semata-mata kerana saya selaku Perdana Menteri pada waktu itu tidak mahu tunduk kepada kehendak beberapa pihak yang sekiranya saya layan, saya terpaksa menggadaikan prinsip integriti semata-mata untuk mengekalkan kuasa.

“Saya tidak mahu memilih jalan itu kerana saya tahu itu adalah jalan yang salah,” katanya dalam ucap tama Konvensyen Perikatan Nasional (PN) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) hari ini.

Terdahulu, Muhyiddin tidak menafikan wujud banyak gangguan politik sepanjang menjadi Perdana Menteri tetapi beliau ketepikan semua itu dan menetapkan pemikiran dan jiwanya hanya kepada usaha-usaha untuk menyelamatkan nyawa rakyat daripada ancaman Covid-19.

Selain itu, katanya, untuk membantu mereka meringankan beban kehidupan yang amat sukar pada masa itu. – UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN