Saya juga tidak sempurna - Ummi Nazeera

Saya juga tidak sempurna – Ummi Nazeera

UMMI Nazeera harap peminat mendoakan yang terbaik untuknya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Ummi Nazeera risau apabila ada pihak yang mengharapkan kesempurnaan, namun pada masa sama memaklumkan, dia hanya manusia biasa yang tidak dapat lari daripada kesilapan.

Menjawab soal istiqamah tanpa merujuk kepada mana-mana pihak, Ummi mengakui, imannya juga turun naik dan perjalanan dalam berhijrah itu turut berdepan cabaran tersendiri.

“Risau juga kalau orang sekeliling harapkan yang terbaik sahaja. Tetapi, pada masa sama, saya sendiri tak sempurna.

“Saya tahu, mereka hanya mahu doakan yang terbaik. Jadi, saya cuba terima setiap komen dengan hati terbuka,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Ummi berkata demikian susulan kontroversi yang melanda penyanyi, Elyana apabila membuat pengakuan, tidak lagi berhijab, baru-baru ini.

Elyana mengambil keputusan tersebut kerana mahu menjadi diri sendiri, walaupun tindakannya itu membuatkan dia berdepan dengan kecaman dan kritikan warganet.

Susulan pengakuannya itu, sebuah video memaparkan Ummi menasihatkan mereka yang berhijab untuk tidak menormalisasikan keputusan membuka kembali tudung, tular di media sosial.

“Ia bukan normal, tidak betul. Jadi, saya minta orang di sekeliling yang menyayangi untuk mendoakan supaya saya tidak membuka tudung,” katanya dalam video tersebut yang dirakam sekitar empat tahun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya