Rosol berhasrat kekal bertanding  di Parlimen Hulu Terengganu - Utusan Malaysia

Rosol berhasrat kekal bertanding  di Parlimen Hulu Terengganu

ROSOL WAHID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Timbalan Ketua Badan Pimpinan Negeri Bersatu Terengganu, Datuk Rosol Wahid hari ini menyatakan hasrat mahu kekal bertanding di Parlimen Hulu Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu berkata, walaupun terpaksa berhadapan laluan sukar dalam PRU15, namun tetap yakin mampu mempertahankan kerusi tersebut.

Menurutnya, beliau percaya pengundi boleh menilai keupayaannya sebagai wakil rakyat di kawasan itu tanpa mengira daripada mana-mana parti.

“Saya berjaya menjadi Ahli Parlimen Hulu Terengganu walaupun tidaklah 100 peratus, kita nampak ada perubahan kepada penduduk serta dapat memartabatkan Hulu Terengganu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis ramah mesra sempena Mesyuarat Agung Tahunan Pegawai Syariah Negeri Terengganu di sini hari ini.

Bagaimanapun Rosol memberitahu, beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti dalam menentukan kedudukannya di Parlimen tersebut pada PRU15.

“Jadi kalau parti telah menamakan saya sebagai calon Hulu Terengganu, saya ucap terima kasih.

“Tetapi jika saya tidak bertanding, saya akur dan akan bekerja untuk memastikan kemenangan calon lain, sebab saya pun pernah tidak bertanding,” katanya.

Pada PRU14, Rosol yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) memperoleh sebanyak 30,925 undi menewaskan calon Pas, Muhyidin Abdul Rashid (28,057 undi) dan calon PKR, Datuk Razali Idris (3.374 undi). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN