PETALING JAYA: Polis telah merakam percakapan beberapa individu bagi membantu siasatan berhubung kebocoran dokumen draf didakwa keputusan perbicaraan rasuah Datin Seri Rosmah Mansor. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, mereka yang telah diambil keterangan terdiri daripada beberapa pegawai undang-undang mahkamah. “Kita setakat ini telah merakam percakapan beberapa pegawai undang-undang mahkamah yang dipercayai mempunyai akses kepada dokumen yang didakwa bocor itu. “Siasatan lanjut…










