Rokok seludup bernilai RM7.35 juta dirampas

Rokok seludup bernilai RM7.35 juta dirampas

ABDUL HALIM Ramli (kiri) menunjukkan rokok seludup bernilai RM816,800 yang dirampas JKDM Pulau Pinang dalam sidang akhbar di Stor Penguatkuasaan, Bagan Jermal, Pulau Pinang hari ini. - FOTO/IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas sebanyak 10.2 juta batang rokok putih tidak berkastam dianggarkan bernilai lebih RM7.35 juta termasuk nilai cukai dalam operasi di Pelabuhan Klang, Selangor, 1 Ogos lalu.

Pengarah Kastam negeri, Datuk Abdul Halim Ramli berkata, pihaknya menahan sebuah kontena di pelabuhan terbabit kira-kira pukul 1.10 tengah hari.

“Hasil pemeriksaan, kita menjumpai sejumlah 1,021 ‘MasterCase’ rokok putih disyaki tidak berkastam bersamaan dengan 10.2 juta batang rokok melibatkan nilai anggaran RM816,000 dan cukai berjumlah RM6,542.568.

“Kita mengesyaki barangan dagangan ini berasal dari salah sebuah negara di Asia Timur,” katanya dalam sidang akhbar di Stor Penguatkuasaan Kastam Bagan Jermal, di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kontena terbabit dikendalikan sebuah syarikat perkapalan yang mempunyai cawangan di Pelabuhan Klang dan diimport syarikat berstatus sendirian berhad di Kuala Lumpur. 

Ujarnya, modus operandi yang digunakan penyeludup adalah dengan mengisytiharkan kontena terbabit sebagai kargo cendawan tin untuk mengelak daripada dikenakan duti cukai yang tinggi.

“Penyeludup cuba mengelirukan pihak berkuasa sehingga kami terpaksa menyiasat pengirim (consignor) dan penerima sebenar. 

“Kewujudan syarikat turut diragui kerana apabila lawatan dilakukan dan semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan syarikat itu adalah nomad,” katanya.

Tambah beliau, kes itu disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967, Seksyen 135(1) (g) akta sama serta Seksyen 74(1)(e) Akta Eksais 1976. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya