Rayuan akhir Najib: Tengku Maimun ketua panel

Rayuan akhir Najib: Tengku Maimun ketua panel

NAJIB Tun Razak (tengah) tiba di lobi Istana Kehakiman bagi rayuan akhir membabitkan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat mengetuai panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang mendengar rayuan akhir Datuk Seri Najib Razak membabitkan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.

Panel turut dianggotai Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.

TENGKU MAIMUN TUAN MAT

Najib merayu keputusan Mahkamah Rayuan pada 8 Disember 2021 yang mengekalkan sabitan salah serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke atas Najib.

Hukuman tersebut dijatuhkan oleh Hakim Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali (Kini Hakim Mahkamah Rayuan) selepas Ahli Parlimen Pekan itu didapati bersalah atas tiga tuduhan pecah amanah, satu tuduhan menyalahgunakan kuasa dan tiga tuduhan pengubahan wang haram dana SRC International. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya