Rasuah kuota pekerja asing, dua lagi individu direman  - Utusan Malaysia

Rasuah kuota pekerja asing, dua lagi individu direman 

DUA lagi individu ditahan susulan kes rasuah kuota pekerja asing dibawa ke Mahkamah Majistret, Putrajaya hari ini. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Selepas menahan lapan individu termasuk seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat, hari ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua lagi individu  bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan kuota pekerja asing.

Menurut sumber, kedua-dua  lelaki berusia 30an dan 50an itu masing-masing  ahli perniagaan dan pemilik syarikat agensi pekerjaan ditahan pada pukul 10 dan 12 malam di Ibu Pejabat SPRM, di sini.

Sumber berkata, ahli perniagaan tersebut disiasat berhubung penerimaan wang rasuah berjumlah lebih RM1 juta daripada ejen pekerjaan, manakala seorang lagi lelaki tersebut disyaki membayar rasuah kepada syarikat penyedia platform bagi permohonan pekerja asing.

Majistret Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan kedua-dua lelaki itu direman tiga hari bermula hari ini sehingga 7 Ogos selepas pihak SPRM membuat permohonan reman di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini.

Semalam, SPRM menahan lapan individu dengan enam daripadanya direman tiga hari, manakala dua lagi masing-masing seorang lelaki dan wanita dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas keterangan mereka diambil.

Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman tersebut.

Kata beliau, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya