Raducanu cemas menjelang Terbuka AS selepas cedera tangan

Raducanu cemas menjelang Terbuka AS selepas cedera tangan

EMMA Raducanu kelihatan menahan sakit di pergelangan tangan ketika berlatih di New York semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Emma Raducanu mencetus kebimbangan menjelang kejohanan tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) yang membuka tirai minggu depan apabila dilihat menangis me­ninggalkan sesi latihan akibat kecederaan.

Penyandang juara perseora­ngan wanita itu kelihatan menahan sakit tangan selepas mengharungi latihan 40 minit di Flushing Meadows.

Bintang remaja Britain berusia 19 tahun itu kemudian me­ninggalkan gelanggang latihan lebih awal.

Dia mendapatkan rawatan kurang 15 minit selepas memberi isyarat ke arah pergelangan tangan kanannya semasa berbual dengan jurulatih baharu, Dmitry Tursunov dan jurulatih fisioterapi, Will Herbert.

Raducanu kemudian kembali ke gelanggang dan bermain semula dengan rakan sepelatih dari Russia, Ekaterina Alexandrova untuk sejam berikutnya.

Dia akan berdepan pemain berpengalaman Perancis, Alize Cornet dalam pusingan pembukaan, Selasa depan.

EMMA Raducanu (tengah) menangis menahan sakit dalam sesi latihan di New York semalam menjelang Terbuka AS minggu depan.

Sejak memenangi Terbuka AS dengan aksi menakjubkan hampir setahun lalu, Raducanu bergelut dengan isu kecergasan dalam Jelajah WTA.

Sebelum Terbuka Australia, Januari lalu, dia terpaksa menginap di sebuah hotel di Abu ­Dhabi akibat dijangkiti ­Covid-19.

Kemudian, dalam Terbuka Perancis, Raducanu dibayangi sakit pinggang yang dialami dalam Terbuka Itali di Rom pada Mei.

Dalam persiapan Wimbledon pula, dia terlepas kejohanan berprestij itu akibat kecederaan ‘aneh’ yang dialami pada ­Terbuka Nottingham yang me­nyaksikan Raducanu menarik diri selepas tujuh perlawanan.

“Hari ini dalam latihan, saya mengalami beberapa perkara kecil dan mendapat kesakitan yang menjengkelkan di sana sini.

“Hari yang pelik di mana saya berasa seperti tiada apa-apa… Saya tidak tahu. Saya tidak boleh menjelaskan diri saya secara jujur,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN