Pusat rawatan kanser Sabah jalin kerjasama strategik

Pusat rawatan kanser Sabah jalin kerjasama strategik teknologi mRNA

Juhar Mahiruddin (kanan) bersama Pengasas ALPS Medical Centre (ALPS), Dr SK Tham ketika lawatan rasmi ke ALPS Medical Centre (ALPS), baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pusat Perubatan ALPS (ALPS) akan menjalin kerjasama dengan kerajaan negeri Sabah bagi menyediakan perkhidmatan rawatan penyakit kronik yang dilengkapi dengan teknologi perubatan MRNA mesengger (mRNA). 

Pengasas ALPS, Prof. Datuk Seri SK Tham berkata, perkhidmatan teknologi mRNA mencipta rekod memberangsangkan dalam bidang perubatan di China dan Singapura. 

Melalui kerjasama itu, katanya, ia dapat memberikan perkhidmatan dan penyelidikan penyakit kronik terutama kanser bagi komuniti di Sabah, melihat kekurangan kaedah rawatan penyakit tersebut di negeri itu. 

“Sebagai penyedia perkhidmatan lengkap bagi teknologi mRNA, ini dapat memberikan perkhidmatan teknologi pencegahan dan ketepatan terhadap lebih 30 penyakit kronik termasuk kanser,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini. 

Ia susulan lawatan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin ke ALPS, baru-baru ini, bagi melihat tawaran perkhidmatan penjagaan kesihatan berkualiti yang ditawarkan pusat perubatan itu.

Tambahnya, ALPS mempunyai teknologi termaju dengan kepakaran diperlukan, bahkan menjadi salah satu Makmal Diagnostik Ketepatan Biomarker yang progresif dengan kelengkapan instrumen Whole Genome Sequencing Provider dan penanaman sel stem CGMP di rantau ASEAN.

ALPS turut memberi tumpuan perniagaan terhadap sel molekul sebagai entiti terapeutik.  -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN