PRU15: UMNO tidak gentar berdepan calon Pas di Marang

PRU15: UMNO tidak gentar berdepan siapa sahaja calon Pas di Parlimen Marang

SEBAHAGIAN daripada ahli UMNO yang hadir pada majlis perasmian Persidangan Agung Berkelompok Cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri serta Pelancaran Jentera Pilihan Raya BN PRU15 DUN Alur Limbat di Serada, Marang, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: UMNO tidak merasa gentar berhadapan dengan sesiapa sahaja calon Pas di Parlimen Marang dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ketua UMNO Bahagian Marang, Datuk Nik Dir Wan Ku berkata, UMNO tidak kisah sama ada Pas mahu mengekalkan penyandangnya yang juga Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang atau menampilkan calon baharu bertanding di kerusi itu nanti.

Menurutnya, UMNO mampu melakukan kejutan merampas semula Parlimen tersebut memandangkan kerusi tersebut pernah dimenangi Barisan Nasional (BN) apabila Abdul Rahman Bakar menewaskan Abdul Hadi dengan majoriti tipis 163 undi pada PRU 2004.

Katanya, berdasarkan sokongan yang diterima UMNO sekarang, parti itu mampu menawan semula kerusi Parlimen Marang walaupun dengan majoriti sedikit.

“(Abdul) Hadi nak bertanding atau tak nak bertanding, kita lawan tetap lawan. Menang Alhamdulillah. Tak menang pun tak apa, kita dah kalah selalu.

“Dia (Abdul Hadi) nak letak (Menteri Besar, Datuk Seri) Ahmad Samsuri Mokhtar atau (Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri) Tuan Ibrahim Tuan Man bertanding di Parlimen Marang pun tak ada masalah,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Agung Berkelompok Cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri serta Pelancaran Jentera Pilihan Raya BN PRU 15 Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat di Serada di sini, malam semalam.

Akhbar ini sebelum ini melaporkan Abdul Hadi kemungkinan tidak bertanding pada di kerusi Parlimen Marang atas faktor kesihatannya.

Abdul Hadi dijangka melepas kerusi tersebut kepada anaknya yang juga ADUN Batu Buruk. Muhammad Khalil

Turut disebut-sebut bakal dicalonkan bertanding di Parlimen Marang ialah Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga merupakan penyandang DUN Rhu Rendang.

Nik Dir menambah, UMNO juga percaya dapat merampas semula tiga daripada empat kerusi dalam Parlimen Marang iaitu DUN Alur Limbat, Bukit Payung dan Pengkalan Berangan.

Katanya, kemenangan di tiga DUN tersebut juga akan menjamin kemenangan BN di Parlimen Marang.

“Pengundi di Marang tertanya-tanya bila PRU15 diadakan kerana mereka tidak sabar-sabar menolak Pas selepas kecewa terhadap kegagalan kerajaan Terengganu sekarang,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN