RAUB: Calon UMNO perlu kembali dipertaruhkan di Parlimen Raub pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dalam misi merampas semula kerusi panas tersebut daripada DAP. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Raub, Datuk Ir. Azinudin Abd. Rahim berkata, Parlimen ini asalnya kubu kuat UMNO tetapi sejak lima penggal pilihan raya umum lalu, ia diserahkan kepada MCA atas dasar setia kawan dalam Barisan Nasional (BN). AZINUDIN ABD. RAHIM Beliau menegaskan,…










