Polis kesan individu terlibat pergaduhan di restoran nasi kandar

Polis kesan individu terlibat pergaduhan tular di restoran nasi kandar

TANGKAP layar daripada salah satu rakaman video kejadian pergaduhan berhampiran sebuah restoran nasi kandar dan pusat mencuci kereta di Chai Leng Park, Perai, Pulau Pinang yang tular di dalam media sosial sejak pagi ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Polis kini sedang mengesan semua suspek yang disyaki terlibat dalam pergaduhan di sebuah restoran nasi kandar di Perai, dekat sini seperti yang tular di dalam media sosial sejak pagi ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, siasatan awal mendapati kejadian di Chai Leng Park itu berlaku kira-kira pukul 3.30 pagi Ahad lalu.

Katanya, pergaduhan tersebut dimulakan oleh sekumpulan lelaki dengan menggunakan beberapa objek sebagai senjata untuk menyerang antara satu sama lain.

Bagaimanapun katanya, sehingga kini tiada laporan polis dibuat oleh kedua-dua pihak yang terlibat dan polis masih menyiasat dan mengesan suspek-suspek tersebut selain mengenal pasti punca sebenar pergaduhan terbabit.

“Sehubungan itu juga, polis menggesa mana-mana orang awam yang menyaksikan kejadian pergaduhan itu  tampil untuk membantu siasatan.

“Mereka boleh berbuat demikian dengan menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Heng Boon Aun di talian 011-35235498 atau 04-5382222,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Cheng San, kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Terdahulu katanya, keempat-empat rakaman video mengenai insiden pergaduhan yang masing-masing berdurasi lapan; 17; 22 dan 23 saat tular itu sejak pukul 9 pagi tadi selepas dimuat naik ke dalam laman Facebook, ‘Kongsi Segala Info’. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya