PN terus sokong kerajaan hingga tamat penggal

PN terus sokong kerajaan hingga tamat penggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Perikatan Nasional (PN) akan terus memberi sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sehingga tamat penggal Parlimen Ke-14. 

Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, sokongan itu penting bagi memastikan kestabilan politik terus berlanjutan di negara ini. 

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan berkata, tempoh penggal akan tamat pada Mei tahun depan dan sehingga itu, PN akan terus menyokong kerajaan sedia ada. 

“Kita akan terus memberi sokongan kepada Perdana Menteri dan itu adalah pendirian PN,” katanya ketika ditemui pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di sini, hari ini. 

Sebelum ini, Ismail Sabri berkata, kerajaan pimpinannya sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lebih awal, sekiranya PN berhasrat menarik sokongan dalam kerajaan.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata, Malaysia adalah negara yang mengamalkan sistem demokrasi dan mana-mana parti bebas untuk membuat keputusan sendiri, namun mereka perlu menanggung kesan daripada keputusan itu termasuk tidak menyokong kerajaan.

Media sebelum ini melaporkan PN bercadang menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri selepas kecewa mesyuarat yang sepatutnya diadakan pada Khamis lalu antara Ismail Sabri dan PN yang diketuai Bersatu dibatalkan pada saat akhir. 

Parti komponen PN dianggotai oleh Bersatu, Parti Islam Malaysia (PAS),  Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP). –UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya