PM hadir mesyuarat MKT UMNO - Utusan Malaysia

PM hadir mesyuarat MKT UMNO

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir pada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, malam ini.

Ini selepas kelibatnya tidak kelihatan semasa Taklimat Khas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi petang ini.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan kehadirannya.

Mesyuarat itu bermula pada pukul 8.30 malam dan dipengerusikan oleh Ahmad Zahid.

Difahamkan, isu mengenai langkah seterusnya untuk membantu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak termasuk soal pengampunan dibincangkan dalam mesyuarat tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN