PGA rampas 14 ekor anjing seludup bernilai RM112,000

PGA rampas 14 ekor anjing seludup bernilai RM112,000

SEBAHAGIAN anjing seludup yang dirampas semasa melalui SJR Lalang Pepuyu, Bukit Bunga, Tanah Merah, Kelantan, kelmarin. - FOTO/IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa merampas sebanyak 14 ekor anjing yang diseludup dari negara jiran selepas menahan seorang wanita di Sekatan Jalan Raya (SJR) Lalang Pepuyu, Bukit Bunga, dekat sini kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kesemua haiwan yang dirampas itu dianggarkan bernilai RM112,000.

“Bertindak atas maklumat penyeludupan, anggota telah menahan sebuah kenderaan jenis Proton Wira berwarna kuning kira-kira pukul 11.30 pagi di SJR Lalang Pepuyu, Bukit Bunga.

“Hasil pemeriksaan dalam kenderaan berkenaan telah menjumpai 14 ekor anjing yang dipercayai diseludup dari Thailand menggunakan laluan tidak diwartakan oleh kerajaan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Muhamad Zaki memberitahu, kesemua rampasan anjing itu diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Rantau Panjang. 

Katanya, kes disiasat  mengikut seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) 2011. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.