Perhimpunan LCS: Polis rujuk DPP sebaik sahaja siasatan selesai

Perhimpunan LCS: Polis rujuk DPP sebaik sahaja siasatan selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kertas siasatan membabitkan perhimpunan Mana Kapal LCS? yang diadakan di hadapan Jalan Tuanku Abdul Rahman, pada Ahad lalu akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya sebaik sahaja siasatan selesai.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, semua pihak sewajarnya mematuhi peruntukkan undang-undang sedia ada.

Kata beliau, sebarang tindakan yang diambil polis adalah sama seperti sebelum ini.

“Dalam perhimpunan berkenaan ia melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 dan  kita akan buka kertas siasatan sekiranya ia melanggar mana-mana peruntukkan undang-undang itu.

“Tindakan kita adalah standard, sama sahaja. Apa pun, kita berharap masyarakat akan terus memberikan kerjasama kepada pihak polis dalam menjalankan tugas kita,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) antara Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dan Yayasan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), di sini hari ini.

Sementara itu, Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM, Awang @Musran Tawil berkata, menerusi MoA itu, ia disifatkan kerjasama pintar yang memberi pengkhususan dalam mengumpul dan mengagihkan dana yang diterima pihak YaPEIM melalui Skim Infaq Gaji (SIG) disumbang warga IPK KL. 

Jelas beliau, YaPEIM percaya kerjasama yang berlangsung selama lima tahun ini dapat menguntungkan kedua belah pihak terutama daripada segi kadar sumbangan balas berjumlah 50 peratus untuk diterima kembali pihak IPK KL yang akan memberi manfaat kepada warganya khususnya yang ditimpa musibah.

“Kerjasama ini turut membuka ruang kepada YaPEIM dalam mengembeling sumber dana yang diterima bagi pelaksanaan program sosioekonomi dan amal jariahnya yang telah menabur jasa selama 38 tahun.

“Pementeraian MoA itu diharap mampu memperkasakan lagi hubungan rentas institusi awam dan swasta selain dapat membantu institusi-institusi berpotensi lain berkembang dalam bidang kewangan dan kemahiran,” jelasnya.

Untuk rekod, sejak tahun 1985 hingga 30 Jun tahun ini, YaPEIM melalui Tabung Amanahnya sudah membuat agihan dana sebanyak RM798 juta yang memanfaatkan 8.19 juta penerima manfaat. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya