Peniaga letak vape di mulut bayi direman 5 hari - Utusan Malaysia

Peniaga letak vape di mulut bayi direman 5 hari

PENIAGA burger direman lima hari kerana meletakkan vape di mulut seorang bayi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tindakan kurang bijak seorang peniaga burger meletakkan alat penghisap vape di mulut bayi perempuan berusia enam bulan membawa padah apabila dia direman lima hari, bermula hari ini.

Perintah reman terhadap suspek yang berusia 23 tahun itu dikeluarkan Majistret, R. Salini.

Terdahulu, suspek yang berpakaian hitam dan berambut perang tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 8.30 pagi.

Semalam, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd. Wahid  memberitahu, suspek ditahan ketika dipanggil untuk memberi keterangan pada pukul 12.45 tengah hari, semalam.

Polis menerima laporan kejadian itu yang dibuat oleh ibu bayi berkenaan pada pukul 2.56 petang, Sabtu lalu.

Berdasarkan laporan tersebut, pengadu sedang makan di sebuah restoran di Bandar Baru Uda bersama-sama anaknya, iaitu bayi berkenaan, adik perempuan dan rakan lelaki adik perempuannya yang merupakan suspek dalam kejadian tersebut.

Suspek yang sedang memangku bayi berkenaan ketika itu secara tiba-tiba meletakkan vape yang tidak berfungsi di mulut bayi, manakala kejadian dirakam adik perempuan pengadu.

Rakaman kejadian tersebut berdurasi 15 saat kemudian dimuat naik adik pengadu ke dalam laman sosialnya sebelum menjadi tular dan menerima kecaman daripada masyarakat.

Kes tersebut disiasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.